Tuesday 6 December 2011

Resepi : Kek lapis Sarawak


Bahan-bahan:

200gm horlicks
170gm tepung Hong Kong
60ml (1 botol besar) pasta pandan
1 sudu teh vanilla

Adunan A:
450gm Mentega
505gm (1 tin) susu pekat manis
100gm serbuk santan 

Adunan B:
10 biji telur gred A
450gm gula halus
1 sudu makan ovalette


Cara penyediaan:

-Adunan A-
Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang.
Masukkan serbuk santan dan pukul lagi hingga sebati.

-Adunan B-
Dalam bekas lain, pukul telur (masukkan telur satu-persatu) dan gula hingga kembang.
Masukkan ovallete dan pukul lagi hingga kembang.

Satukan Adunan A dan B, kacau hingga adunan mesra.
Masukkan tepung Hong Kong, Horlicks, pandan paste, dan vanilla. Kacau hingga betul-betul mesra.
Sedia untuk dibakar.

Cara membakar kek lapis Sarawak:
Guna loyang 8" x 8". Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas hingga warna adunan menjadi agak kecoklatan. Ulang langkah hingga adunan habis.
setelah selesai, bakar dengan menggunakan api bawah selama 10 minit.

Boleh juga jika mahu kukus. 
Guna loyang 8" x 8". 
Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan. Tutup Loyang dengan kerajang aluminium untuk mengelakkan air kukusan jatuk ke dalam kek.
Masukkan Loyang tersebut ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 10 minit. 
Ulangi langkah ini hingga adunan habis.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment