Tuesday 6 December 2011

Resepi : Aiskrim Vanilla


Bahan-bahan:

750 ml heavy cream/whipping cream 
150 gram gula 
secubit garam
1 vanilla bean, belah dua
¾ sudu teh ekstrak vanilla 


Cara:

Panaskan 250 ml krim, gula, garam dan vanilla bean (juga pod-nya). Kacau hingga gula larut.

Matikan api, masukkan baki krim dan ekstrak vanilla. Kacau dan biarkan sejuk.

Angkat batang vanilla, putar adunan hingga kembang dan simpan dalam peti sejuk beku selama 2 jam. 

Putar kembali dan kemudian sejukkan lagi dalam peti sejuk beku semalaman. 

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi : Bubur Pulut Hitam Durian



Bahan-bahan: 

1 cawan pulut hitam - rendam beberapa jam
4 cawan air
1 cawan gula
3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
daun pandan - simpulkan
garam secukup rasa
1 cawan isi durian
1 cawan susu cair

Cara penyediaan:

Rebuskan pulut hitam dengan air sampai pulut pecah dan kurang air. Masukkan 2 cawan santan, daun pandan gula dan garam.

Kacau supaya tidak pecah minyak dan masakkan sampai mendidih. Tutup api. Hidangkan dengan susu cair dan durian.

Resepi : Bubur Kacang Merah


Bahan-bahan:

300 gm kacang merah
2 cm halia — hiris
1 daun pandan
1 buku gula sira
2 cawan gula pasir
4 cawan satan cair
1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan biji sagu

Cara Penyediaan:

Rebus kacang merah dengan 4 cawan air dalam periuk sehingga kacang kembang. Masukkan halia, daun pandan dan garam.

Masukkan gula sira dan gula pasir. Kacau hingga gula larut sepenuhnya.

Masukkan santan kelapa cair dan biarkan hingga mereneh. 

Masukkan biji sagu dan santan pekat. Kacau berterusan.

Setelah sagu kembang dan menjadi jernih berkilat, keluarkan daun pandan.

Sedia untuk dihidangkan. Boleh dihidangkan panas-panas atau disejukkan terlebih dahulu ke dalam peti ais.

Selamat mencuba.

Resepi : Labu Panggang


Bahan-bahan:
800 gram labu
15 gram isi kerang
5 gram bawang putih
20 gram cili merah
Sedikit daun bawang dan daun sup
500 ml air
Sedikit minyak zaitun
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan:

Perap labu bersama minyak zaitun dan garam selama setngah jam. Panggang dalam ketuhar pada suhu 350° selama 30 minit.

Sendukkan isi labu dari kulitnya dan asingkan seketika.

Panaskan sedikit air di dalam periuk dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak hingga layu.

Masukkan isi labu dan panaskan hingga mendidih. Biarkan atas api sehingga sup menjadi pekat.

Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun dan goreng kerang hingga masak. Masukkan kerang ke dalam sup. Hiaskan dengan hirisan cili, daun bawang dan daun sup.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi : Laksa Sarawak


Bahan-bahan:

2 sdm minyak untuk menumis
1 liter air
2 sdm serbuk kari
1 sdt garam
600 g mi kuning, celur dan toskan
6 keping otak-otak, hiris nipis
5 keping tahu putih, goreng, potong dadu 2 cm
150 g taugeh, bersihkan, celur
3 butir telur ayam, buat dadar, hiris nipis
200 g dada ayam, rebus, hiris nipis

Bahan untuk dikisar:

8 tangkai lada merah
10 biji bawang merah
1 batang serai
2 cm lengkuas
½ cm kunyit
½ sdt belacan, goreng

Sambal, kisar:

10 tangkai cili api merah
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sdm udang kering
½ sdt garam
½ sdt gula pasir

Pelengkap:

Bawang goreng
1 biji limau nipis


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau. Tuang air, serbuk kari dan garam. Masak hingga mendidih. Tutup api.
2. Masukkan mi, otak-otak, tahu, taugeh, telur dadar dan hirisan ayam dalam mangkuk. Tuang kuah hingga penuh. Sajikan dengan pelengkapnya.

Resepi : Kek lapis Sarawak


Bahan-bahan:

200gm horlicks
170gm tepung Hong Kong
60ml (1 botol besar) pasta pandan
1 sudu teh vanilla

Adunan A:
450gm Mentega
505gm (1 tin) susu pekat manis
100gm serbuk santan 

Adunan B:
10 biji telur gred A
450gm gula halus
1 sudu makan ovalette


Cara penyediaan:

-Adunan A-
Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang.
Masukkan serbuk santan dan pukul lagi hingga sebati.

-Adunan B-
Dalam bekas lain, pukul telur (masukkan telur satu-persatu) dan gula hingga kembang.
Masukkan ovallete dan pukul lagi hingga kembang.

Satukan Adunan A dan B, kacau hingga adunan mesra.
Masukkan tepung Hong Kong, Horlicks, pandan paste, dan vanilla. Kacau hingga betul-betul mesra.
Sedia untuk dibakar.

Cara membakar kek lapis Sarawak:
Guna loyang 8" x 8". Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas hingga warna adunan menjadi agak kecoklatan. Ulang langkah hingga adunan habis.
setelah selesai, bakar dengan menggunakan api bawah selama 10 minit.

Boleh juga jika mahu kukus. 
Guna loyang 8" x 8". 
Masukkan 5 sudu adunan ke dalam Loyang dan ratakan. Tutup Loyang dengan kerajang aluminium untuk mengelakkan air kukusan jatuk ke dalam kek.
Masukkan Loyang tersebut ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 10 minit. 
Ulangi langkah ini hingga adunan habis.

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi : Nugget Ikan Tenggiri


Bahan-bahan:

150 gram isi ikan tenggiri 
50 gram tepung ubi 
2 biji telur ayam 
1 sudu bawang putih goreng 
50 gram cendawan telinga, cincang kasar
garam secukup rasa
1 sudu teh gula 
serbuk lada sulah secukup rasa
150 gram serbuk roti 
100 gram tepung gandum
1 liter minyak masak

Cara Penyediaan :

Kisar isi ikan tenggiri. Masukkan tepung ubi, bawang putih dan 1 biji telur. Gaul hingga rata.
Tambahkan cendawan, garam, gula dan lada sulah. Gaul hingga mesra.
Masukkan adunan ke dalam loyang beralas plastik. Ratakan adunan dan kukus sehingga masak. Angkat, potong 1.5 x 3 cm
Salut potongan nugget dengan tepung gandum, celupkan dalam telur, golekkan diatas serbuk roti.
Panaskan minyak, goreng nugget ikan hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
Sajikan dengan sos cili atau sos tomato..